Boikot Neelofa Sampai Bakar Tudung?

Masih lagi hangat dengan isu pelancaran tudung Neelofa di Zouk, kali ini viral pula apabila seorang wanita mengambil tindakan dengan membakar tudung-tudung jenama Naelofar Hijab nya kerana kecewa dengan dengan tindakan Lofa membuat pelancaran tudung keluaran terbarunya iaitu #BeLofa.

Bagi wanita yang tidak diketahui identitinya itu, beliau membakar tudung jenama Naelofar nya atas alasan tidak mahu membawa nama Neelofa ke tempat-tempat yang beliau kunjungi. Baginya Neelofar dianggap seperti mempermainkan agama kerana membuat pelancaran hijab di kelab malam. 

“Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa. Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada. Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni.”

Walupun tujuan wanita ini untuk memboikot jenama Naelofar, namun tindakannya ini dikecam hebat kerana ramai netizen melabel tindakan wanita ini sebagai membazir.

Video berdurasi 1 minit 13 saat ini menunjukkan wanita tersebut membakar kesemua tudung kesayangannya.

Apapun, dinasihatkan semoga Kakak kita ni belajarlah dari kesilapan. Tak baik membazir tau kak!
Salma Syahbuddin