Membesarkan anak di zaman sekarang bukanlah hal yang mudah. Dengan cabaran persekitaran yang sedikit berbeza, cara penerimaan anak-anak juga mungkin tidak lagi sama. Apa yang perlu dilakukan jika anak tidak mahu mendengar kata?
Bagaimana untuk mendisiplinkan anak suka melawan, memberontak dan degil? Menurut ahli psikologi, Ben Martin, ibu-bapa perlu konsisten dan sabar! Bukan terus naik tangan atau memaki hamun ya…
Menurut beliau, proses mendisiplinkan anak memerlukan lima C ini iaitu;
Anak sering memberontak? Ibu-bapa perlu menjelaskan dan memberi spesifikasi tentang peraturan, had dan apa yang anda harapkan dari mereka.
Anda boleh tulis supaya anak boleh membacanya. Dan penting untuk anda jelaskan peraturan anda tetapi jangan melampaui had.
Contoh ayat yang boleh digunakan : “Ibu tahu awak ada cara awak sendiri, tapi ini yang ibu harap awak buat“.
Jika anda sudah memberi arahan dengan jelas, anda harus kekalkan momentum itu.
Begitu juga dengan akibat mengikut atau tidak arahan anda. Tapi jangan terlalu berkeras hingga tidak memikirkan keperluan emosi anak anda.
Libatkan anak semasa hendak membuat peraturan. Biar mereka rasa anda adil dan mengambil tahu pendapat mereka juga.
Itu juga akan membuatkan mereka lebih senang untuk mendengar arahan anda.
Sangat penting semasa mendisiplinkan anak yang kerap melawan, anda harus tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka.
Apa yang mereka rasa. Jadi jika mendisiplinkan mereka, jangan sehingga mereka rasa anda tidak suka diri mereka.
Rasa tanggungjawab secara automatiknya akan membuatkan mereka lebih mudah mendengar kata. Jadi bina rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Tunjukkan anda percaya untuk dia selesaikan tugasan yang diberikan.
Sumber: TheAsianParent Malaysia
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?