Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Pelawak Abam Bocey mengakui seronok menjalankan perniagaan makanan di bazar Ramadan pada tahun ini.

Abam yang kini sedang bercuti daripada aktivit seni buat sementara waktu memanfaatkan cuti ini dengan menjual hidangan seperti mi, kuetiau dan bihun goreng untuk memanfaatkan masa terluang.

“ Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati. Saya juga dapat mencari rezeki dan seronok tengok gelagat pelanggan,” katanya yang berada di bazar seawal 4 petang. 

Menyediakan dua kuali untuk menggoreng menu jualan, Abam akan menutup gerai setiap kali jualannya habis. 

” Alhamdulillah, jualan saya mendapat sambutan dan sekiranya habis awal, saya akan terus tutup gerai. Orang lain pun cari makan juga, jadi apa salahnya kita berbahagi rezeki,” katanya.

Bakat yang dicungkil menerusi program Bintang Mencari Bintang itu berniaga bersama adiknya di Bazar Ramadan Batu 8, Jalan Gombak.

SGMS Faida