“Bongok Sangat Iklan… Apalah Kau Ni!”- Promosi Iklan Berunsur L*cah, Bonda Rozita Bahasakan Aliff Syukri

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35,  terpalit dengan kontroversi terbaharu selepas memuat naik iklan promosi tudung berunsur lucah.

Perkongsian itu sekaligus menerima respons kurang enak dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sangat keterlaluan dan menjatuhkan maruah.

Bahkan, video berkenaan turut menampilkan isteri dan anak perempuannya yang turut terlibat dalam mempromosikan produk terbabit.

 

Bongok sangat iklan… Apa lah kau ni Kri!

Selain menerima respons negatif dalam kalangan netizen, ibu kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim juga tampil memberi komen mengenai perkongsian yang dibuat anaknya itu.

“Bongok sangat iklan kau… Apa lah ko ni Kri…” tulisnya.

Malah, ada dia antara warganet yang kesal dengan tindakan Aliff Syukri yang masih tidak insaf dengan tabiat menggunakan taktik murahan sebegini bagi menarik perhatian warganet terhadap produk keluarannya.

Perbuatan lucah tu menarik perhatian awak ke?

Terdahulu, Aliff Syukri pernah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memberi keterangan berhubung muzik video Hari Raya Aidilfitri nya yang dikatakan tidak bersesuaian dan mencolok mata.

Salma Syahbuddin