“Bertudung Labuh Tidak Menjamin Beliau Tidak Menjaga Tepi Kain Orang…” – Sharnaaz Ahmad Selar Netizen Minta Kahwin Semula Bersama Noor Nabila

Isu rumah tangga melibatkan kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila mula mencetuskan pelbagai spekulasi netizen selepas gambar perkahwinan bersama Engku Emran ‘lenyap’ di Instagram.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Berantakan? Noor Nabila Delete Semua Gambar Suami Di IG… Netizen Mohon Fikir Positif – “Padam Tak Semestinya Bergolak”

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian di media sosial Twitter, bekas suami Nabila, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa berang apabila seorang wanita dengan berani memberi pandangan untuk mereka disatukan semula.

“Kahwin balik dengan Sharnaaz je la. Haritu backup baik punya,” katanya selepas membaca berita mengenai hubungan Nabila dan Emran yang didakwa bergolak.

Tidak berdiam diri, bapa kepada Jebat Jayden itu tampil membidas komen tersebut dengan berkata

“Bertudung labuh, tidak menjamin beliau seorang yang tidak menjaga tepi kain orang.. Orangnya bukan Erra Fazira kata kauuu….,” balasnya.

Tinjauan di ruangan komen ciapan yang ditulis oleh Sharnaaz itu turut meraih pelbagai respons netizen yang terhibur dengan pendapatnya itu.

Namun begitu, ada segelintir daripada mereka yang seakan mempersoalkan kenyataan Sharnaaz kerana seakan meletakkan penampilan bertudung labuh dengan tahap keimanan seseorang.

Aqilah Paharuzi