Categories: Hiburan

Boy Iman Lancar Single Terbaru

Tidak perlu rupa paras yang lawa atau cantik untuk mengeluarkan album. Terbaru Boy Iman bakal melancarkan lagu single pertama beliau bertajuk Malas Nak Layan. Lagu tersebut juga dicipta oleh KRU.

“Tak sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan. Dibuat khas selepas berlakunya “musibah” pada diri saya. Untuk semua yang support dan haters saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd,” tulisnya.

Menurut perkongsian di Instagram, Boy mencipta lagu itu khas buat peminatnya juga haters yang menyokongnya selama ini. Nama Boy mula disebut apabila kontroversi penipuan hartanah melibatkan ratusan mangsa yang membuat laporan polis.

SGMS Enal