Categories: HiburanSelebriti

Khatam Al-Quran Sewaktu Usia 6 Tahun

Dr. Sheikh Muszaphar antara figura yang bukan saja dikenali di Malaysia malah seluruh dunia. Bukan saja dikenali sebagai Angkasawan Negara yang pertama, malah dia merupakan Orthopaedic Surgeon Malaysia.

Mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor juga iaitu Dr. Halina, pasti pasangan ini memiliki anak-anak yang bijak seperti ibu bapa mereka.Jika anda mengikuti Instagram Dr. Sheikh Muszaphar, dia sangat suka kongsikan video dan kaedah pendidikan awal yang diamalkan untuk kedua-dua puterinya, Bella dan Tasha.

Usia 6 tahun sudah khatam Al-Quran

Kedua-dua anak perempuannya di hantar ke sekolah tadika Mandarin. Pasti ramai yang beranggapan bila hantar sekolah Mandarin, tiada pendidikan agama di sekolah. Namun, ternyata Dr. Sheikh Muszaphar turut memainkan peranan penting melengkapkan anaknya dengan ilmu agama. Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.

Ia sekaligus membuka mata ibu bapa bahawa pendidikan di sekolah saja tidak cukup. Ibu bapa perlu bertanggungjawab mendidik anak  untuk mendalami agama Islam.

SGMS Enal