Buah Salak Punya Pasal…Nama Nia Ramadhani Jadi Bualan Netizen

Nama pelakon Nia Ramadhani tiba-tiba menjadi sebutan oleh netizen Indonesia.

Ini kerana isteri kepada usahawan, Ardi Bakrie ini dilaporkan tidak tahu mengupas buah salak.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh Ardi, Nia dilihat bingung dan cuba memutar buah salak yang ada pada tangannya.

“Kamu serius tidak tahu kupas buah salak,” soal Ardi.

Pelakon yang cukup terkenal menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu bertanya kepada suaminya sama ada buah salah boleh dikopek menggunakan pisau.

“Enggak, dikupas. Gigit,” jawab Ardi.

Susulan kejadian itu, video itu mula tular dan menerima pelbagai respon berbeza daripada warganet.

Rata-rata menyindir pelakon itu tidak tahu melakukan kerja yang mudah lantaran kehidupan mewah selepas berkahwin dengan jutawan.

“Nia pasti tidak pernah tahu rasa nasi goreng semalam paginya digoreng lagi buat sarapan,” tulis salah seorang netizen menggunakan akaun @sesokpreiii_

Alahai, netizen pun…benda kecil je kan?

Kredit Youtube: Kopi Manis

SGMS Faida