Nasi lemak adalah antara hidangan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia tanpa mengira waktu walaupun pada asalnya, nasi lemak hanya dijadikan hidangan untuk sarapan pagi sahaja.
Selain nasi lemak, hidangan nasi yang biasa dinikmati oleh penduduk di Malaysia ialah nasi ayam. Tidak kiralah sama ada ayamnya dikukus, dipanggang atau ‘dipenyet,’ hidangan ini tetap menjadi kesukaan ramai meskipun ia memang ringkas dan enak.
Lazimnya ia merangkumi nasi putih, lauk ayam empuk serta sayuran segar seperti daun salad, timun dan tomato. Menyedapkan lagi ialah sos cili istimewanya dan sup jernih. Jika dimakan panas-panas, pasti terangkat!
Memandangkan ia tampak ringkas, cara memasaknya pun sama ringkas. Yang menariknya, ada cara yang mana anda tidak perlu memasak nasi dan ayam itu secara berasingan.
Letakkan ramuannya di dalam satu periuk nasi elektrik, masak, siap! Anda hanya perlu bancuh sosnya, tetapi jangan risau. Langkah ini pun mudah sahaja.
Ingin tahu resipi dan cara penyediaannya? Di bawah ini ialah resipi yang dikongsikan oleh Tasty, cukup untuk dua orang.
Nasi dan ayam
Sos
Hiasan
Selamat mencuba!
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda