Featured By: Atiqah Johari January 25, 2023 @ 4:48pm

Buat Baik Demi Harta, Pasangan Selebriti Didakwa Tengking Ibu Bila Tak Dapat Duit?

Baru-baru ini, muncul kontroversi yang mendakwa pasangan selebriti bersikap biadap dengan ibu bapanya.

Memetik laporan BOOM!, suami isteri tersebut dikatakan hanya berbuat baik ketika ibu bapa mereka memiliki wang di dalam bank dan hanya menghabiskan harta mak bapa.

Menurut sumber, pasangan yang serba berbakat dalam nyanyian, lakonan dan juga mengacara itu bertindak menengking ibunya gara-gara mempunyai masalah bayaran ketika PKP.

“Ada sekali tu katanya, si ibu ada masalah bayaran dek PKP, masa inilah si suami isteri yang suam-suam susu ini kemain biadap dengan ibu bapanya.

“Siap jerit dekat mak dan marah dengan suara beroktaf tinggi. Semua salah tak ada yang betul,” kata sumber.

Tambahnya, pasangan yang kelihatan baik dan lemah lembut ketika berbicara itu hanya muncul dengan ibu bapa apabila si ibu telah mendapat bayaran dan mengambil hati dengan mengirim hadiah setiap hari.

Kata sumber, si ibu mengatakan menantu perempuannya itu seorang yang baik, namun menjadi kurang ajar kerana ada gangguan syaitan dan buatan orang.

Khabarnya, segala perniagaan yang diusahakan pasangan tersebut tidak pernah berhasil.

Pasangan suami isteri itu pernah menjual air, makanan, tudung, baju, alat solek tetapi semuanya lingkup.

Sumber: BOOM!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Trending Sat, 6 Oct 2018

PANAS! Bakal Pengantin Bengang Mahligai Impian Gulung Tikar

Perkahwinan adalah saat yang indah untuk dikenang tetapi bila ditipu seminggu sebelum majlis bagaimana . Terkini Mahligai Impian memusnahkan impian pengantin

Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Trending Mon, 1 Aug 2022

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Mas Idayu hampir siap persiapan dan bakal nikah bulan September.

TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…