Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan.

Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan individu yang berjimat cermat dan tidak memilih barangan berjenama untuk memenuhi kepuasannya dalam berfesyen.

Menurut Shaza, dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja memandangkan kadar inflasi yang semakin tinggi di Malaysia.

Sesi preloved tersebut bermula dari RM5, RM10 serta RM20 dan kesemua baju yang dijual rata-ratanya adalah baju yang digunakan oleh Shaza ketika penggambaran drama lakonannya.

Ruangan komen ketika sesi live sedang berlangsung sangat rancak dengan komen wargamaya yang berebut untuk mendapatkan baju-baju yang dijual oleh Shaza dan ada yang mendoakan agar urusan Shaza dipermudahkan.

Tindakan Shaza yang baik mendapat pujian ramai kerana bersikap bersederhana dan membantu orang yang lebih memerlukan.

 

Halimey Zamal