Berpegangan Tangan, Fatin Afeefa Tayang Kekasih Jutawan?

Selepas pelbagai kontroversi timbul berkisar mengenai masalah rumah tangga bersama bekas suami yang juga pelakon Adam Shahz, Fatin Afeefa sekali lagi mencuri perhatian warganet.

Terbaharu, foto Fatin Afeefa atau nama penuhnya, Fatin Nurafifah Shamsudin, 28, berjalan berpegangan tangan dengan seorang lelaki didakwa kekasihnya yang juga merupakan seorang jutawan tular diperkatakan.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai status lelaki tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang beranggapan bahawa berita mengenai kekasih Fatin ini menjadi punca kenapa Adam Shahz didakwa ‘meroyan’ sebelum ini.

Menjengah di ruangan komen sebuah portal hiburan, rata-rata peminat mendoakan agar aktres ini segera mendirikan ruamh tangga.

Terdahulu, Fatin memaklumkan yang kini dia sudah ‘move on’ dan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya tidak lama lagi.

Bahkan, enggan terus berhadapan dengan tohmahan, Fatin Afeefa menerusi siaran langsung di TikTok miliknya mengakui nekad ingin meninggalkan dunia seni.

“Saya sudah tak nak hidup macam ini. Saya sudah berhenti berlakon, menyanyi pun sudah tiada.

“Dari awal tahun lagi saya sudah berhenti (berlakon). Saya tak mahu lagi kehidupan macam ini.

“Hari ini saya tak tahu berapa hari bulan, pukul 12 tengahari, saya stop (berhenti),” ujarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Hantaran Kes Perceraian, Adam Shahz Dedah Kawan Tunjuk Foto Bekas Isteri Dengan Lelaki Lain Di Pub?

ARTIKEL BERKAITAN:Bengang Dengan Hantaran Adam Shahz, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Menipu & Tabur Fitnah – “Move On Lah 5 Tahun Dah”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Fatin Afeefa Sedih Anak Dituduh Luar Nikah, Siap Sedia Tunggu Surat Mahkamah Dari Bekas Suami! – “Saya Ada Bukti & Lebih Berkemampuan
”

Salma Syahbuddin