“Buat Show Depan Penyanyi Asal” – Gelagat Zaki Azeman Menyanyi Lagu ‘Sayang Sayang’ Undang Tawa Peminat

Pelakon Zaki Azeman tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas berkongsi momen dirinya menyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ di sebuah pusat karaoke.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zaki kelihatan begitu teruja apabila dapat menyanyikan lagu tersebut di hadapan penyanyi asalnya, Aliff Aziz.

Malah, Aliff turut menyanyikan lagu tersebut bersama pelakon itu sekali gus meraih pujian dari warganet.

“Buat show depan penyanyi asal,” tulisnya.

@zakiazeman94Buat show depan penyanyi asal 😂

♬ original sound – Zaki Azeman

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pelakon itu.

Dalam perkembangan lain, Zaki juga merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, arahan Osman Ali.

Orang ramai boleh mula menonton drama tersebut menerusi Slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3, bermula 6 Februari 2023.

Fatin Nurain