Rampas Harta Isteri Pertama & Anak-Anak, Pelakon Wanita Didakwa Cuba ‘Leraikan’ Perkahwinan Madu?

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita didakwa menjadi punca kepada suaminya mengabaikan nafkah anak-anak dan isteri pertama.

Memetik laporan BOOM!, isteri pertama ahli korporat itu mendedahkan bahawa suaminya culas memberi nafkah semenjak berkahwin dengan pelakon wanita tersebut.

Malah, harta yang pernah diberikan dan disediakan suami kepada isteri pertama dan anak-anaknya perlahan-lahan ditarik balik.

Bukan itu sahaja, isteri pertama turut mendapat tahu bahawa pelakon wanita tersebut adalah dalang kepada penderitaannya setelah disiasat.

Lebih teruk, pelakon wanita itu dikatakan menghasut suaminya untuk mengurangkan dan menyekat jumlah saran atau nafkah terhadap keluarga madunya.

Tambah, aktres wanita tersebut juga didakwa merancang untuk memutuskan ikatan perkahwinan isteri pertama dan suaminya.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari