‘ Kesederhanaan Dia Buat Saya Selesa,’ – Fasha Sandha

Susulan rakaman video ‘curi’ yang memaparkan pelakon terkenal Fasha Sandha bersalaman mesra dengan aktor Aidil Aziz, aktres berusia 34 tahun itu memberi maklum balas menerusi Instagramnya.

Menerusi posting di laman Instagramnya, Fasha turut memuat naik gambar bersama Aidil dan dua orang anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Menurut Fasha, ramai pihak yang suka mereka berkawan kerana aktor berkenaan bukanlah suami orang atau duda.

“ Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain… tak mengapa,” tulis Fasha.

Fasha memaklumkan dia menerima apa jua pendapat dengan positif pada masa ini.

“ Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik.

“ Saya terima dengan hati yang terbuka. Apa yang dah berlalu, biarlah berlalu.

“ Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya,” katanya.

Video yang kini tular kini diperkatakan di media sosial sekaligus mengiyakan bukti hubungan mereka berdua.

Namun keduanya masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.
 
“ Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan. 

“ Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa. Amin,” akhirinya.

Sweet lah kalian! Kami doakan semoga ada pengakhiran yang baik buat Fasha dan Aidil, Amin…

SGMS Faida