Categories: Oh Lawa

Potongan Rambut Scha Alyahya Yang Dikatakan Macam Sayur Kubis Sebenarnya Popular Dikalangan Selebriti Antarabangsa

Potongan rambut sayur kubis, sebuah gelaran baru yang diberikan netizen yang merujuk kepada penampilan terkini pelakon Scha Alyahya, ternyata bukanlah trend yang boleh diperlekehkan.

Meskipun ramai telah memberi komen berbaur pro dan kontra terhadap imej baru ibu kepada kanak-kanak perempuan yang cukup berpengaruh di negara ini iaitu Lara Alana, hakikatnya stail potongan rambut sedemikian cukup popular.

Kalau tak percaya, potongan ala grunge itu merupakan stail yang popular sepanjang zaman dan telah digayakan oleh ramai selebriti antarabangsa.

Sekaligus ia membuktikan yang Scha adalah seorang selebriti yang cukup intim dengan perkembangan fesyen semasa dan tahu stail apa yang sedang trending

Anyway, lima selebriti yang disenaraikan ini adalah mereka yang pernah atau sedang menggayakan stail rambut kubis.

1. Emma Robert

Foto: vogue.it

2. Kelly Tandiono

Foto: theshonet

3. Beyonce Knowles

Foto: Real Style Network

4. Ariana Grande

Foto: All Things Hair

5. Emma Watson

Foto: voici.fr

Yanie Baharom