“Bukan Kebanggaan Anak Ini Atas Kerakyatan, Tapi Kebanggaan Rasulullah Atas Setiap Anak Itu Ialah…” – Ustaz Ahmad Dusuki Komen Isu Kerakyatan Anak Dr Amalina

Minggu ini tular sebuah isu pakar bedah kelahiran Malaysia yang popular iaitu, Dr Amalina Che Bakri yang didakwa memilih status kewarganegaraan British untuk bakal anak pertamanya.

Terbaharu, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki tampil mengulas isu tersebut dengan memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya dengan memberitahu sepatutnya ibu bapa tidak perlu berbangga dengan kerakyatan luar negara atau pun tidak kerana yang penting bagaimana anak itu dicorak.

“Bukan kebanggaan anak ini atas kerakyatan, tapi kebanggan Rasulullah atas setiap anak itu ialah keimanan dan ketaatan kepada Allah.

“Setiap anak itu lahir dalam keaadaan fitrah, maka ibu bapalah yang mencorakkan anaknya samada menjadi Yahudi atau kristian atau majusi anak itu.. Ibu dan ayah pun mestilah solehah,” tulisnya.

Perkongsian Ahmad Dusuki itu mendapat perhatian warganet dengan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pendakwah bebas itu.

Susulan daripada isu tersebut, Dr Amalina tampil memberikan penjelasan tentang kerakyatan bakal cahaya mata pertamanya itu di Instagram.

Dalam kenyataan tersebut Dr. Amalina berkata dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni baik, bahasa melayu dan paling utama agama Islam.

Sumber: Instagram ustazahmaddusuki dramalinabakri

Khairil Khusyairi