Bukan Klon Dolla, Kehadiran The Gadys Adalah Untuk…

Kumpulan The Gadys tidak merasakan kemunculan mereka untuk mmenandingi kumpulan muzik yang sedia ada seperti Defam dan Dolla.

Menurut kumpulan yang dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini, kehadiran mereka adalah untuk memeriahkan industri seni tanah air.

“Kami penambah rasa untuk industri. Kami nak meriahkan industri seni muzik tanah air,” kata Nelissa.

Selain itu, kumpulan yang semakin meningkat naik itu turut menghargai setiap komen netizen tentang mereka.

“Kalau ada yang merasakan bahawa kami bersaing dengan mana-mana kumpulan sedia ada, kami hargai. Tapi, kami tak rasa begitu.

“Kehadiran kami menjadi alternatif atau memberi pilihan kepada penggemar muzik tanah air. Bak kata Dolla, lebih ramai lebih meriah,” katanya.

Sebelum ini, The Gadys muncul dengan lagu Aidilfitri yang juga menjadi projek pertama mereka, berjudul Gadys Raya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain