Mana Ada Hilang, Elly Cuti Panjang

Lakonan Elly Mazlein dalam drama Teratai Kemboja memang akan buatkan kita geram, rasa macam nak masuk dalam TV dan ketuk kepada dia pun ada kan?

Begitu hebatnya impak yang disampaikan oleh pelakon berusia 38 tahun ini.

Selepas lama menghabiskan masa di set penggambaran, Elly memutuskan untuk berehat panjang.

“ Saya akan berehat untuk tempoh dua bulan untuk meluangkan masa dengan keluarga tersayang. Selepas terikat dengan jadual kerja yang padat, saya rasa ini waktu terbaik untuk berehat. Mungkin sebab itu orang ingat saya ‘hilang’ tapi sekejap saja.

“ Tetapi dalam tempoh ini saya mengambil kesempatan ini untuk menerima tawaran menyanyi dan fokus kepada bidang perniagaan. Malah, saya juga ke Singapura bagi memantau ‘booth’ jualan di sana,” katanya.

Dalam pada itu, drama lakonan Elly iaitu Vila Ghazara kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

“ Insya Allah, saya akan kembali sibuk dengan pelbagai kegiatan seni, bermula hujung bulan ini sehingga ke tahun depan,” katanya.

Drama arahan Feroz Kader itu turut menampilkan ramai pelakon terkenal lain seperti Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda, Aidil Aziz dan Hafeez Mikail. Jangan lupa tengok ok!

 

 

SGMS Faida