“Bukan Niat Nak Sorok…” – Emma Maembong Jawab Dakwaan Hamil Anak Kedua?

Pelakon Emma Maembong tampil membuka mulut mengenai dakwaan dirinya kini hamil anak kedua.

Menerusi sebuah temu bual program hiburan, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, berkata dia mempunyai sebab tersendiri untuk mengunci mulut mengenai berita kehamilannya.

“Ramai kata, kalau pregnant, mengaku je lah…jangan deny, kalau kita deny macam kita doakan benda yang tak baik.

“Saya ada sebab-sebab sendiri, saya ramai kawan-kawan yang alami keguguran, dan sebelum ini saya dah pernah keguguran 2 kali. Jadi saya takut beriya war-warkan bagitahu ‘saya pregnant’, sekali bukan rezeki saya,” ujarnya.

Bagi Emma sendiri, dia bukan mahu menyembunyikan kehamilannya tetapi ingin kandungan itu sihat dan kuat terlebih dahulu sebelum memberitahu kepada umum.

“Jadi niat Emma, bagilah kukuh, kuat dahulu, baby tu sihat. Bukan niat nak sorok rasa macam Beyonce, selebriti, tak ada. Memang nak jaga anak, sebab Emma pun bukan jenis yang.. ye lah kita banyak belajar dari kesilapan, dah makin tua, bukan nak attention,” jelas Emma.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk memberitahu tentang kehamilannya kelak.

“Taknak lah orang kata kalau kita sibuk bagi tahu kita keguguran, nak buat apa? Cuma kalau berita baik daripada doktor bagitahu  ‘Emma kandungan anak dah kuat, dah okey dah boleh war-warkan’. Sudah tentu…berita baik yang saya excited nak bagitahu semua orang, saya akan bagitahu.

“Cuma waktu sekarang ini, Emma tak mahu mengiyakan, Emma tak mahu menidakkan. Emma nak biarkan sihat walafiat,” katanya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel pada 8 November 2020.

Sumber: hLive

Khairil Khusyairi