“Bukan Rahsia & Berdiam Sepi, Tapi Ketika Itu Belum Jadi” – Syifa Melvin

Sebelum ini tular mengenai pasangan pengantin baru, Syifa Melvin dan Safawi Rasid yang didakwa sengaja menyembunyikan pernikahan mereka.

Susulan itu, baru-baru ini, pempengaruh Syifa Melvin memuat naik sebuah klip pra perkahwinan mereka dan dilihat menjawab dakwaan yang dilempar dengan ringkas di ruangan kapsyen.

“Bukan rahsia dan berdiam sepi, tapi ketika itu belum jadi… Harap memahami,” tulis Syifa.

Menjengah diruangan komen, dilihat warganet memahami situasi yang dihadapi Syifa dan pemain bola pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Malah, ramai yang memuji cara Syifa bertindak mendiamkan diri kerana tidak menghebohkan hubungan yang belum sah.

Tambah, ada yang menasihatinya untuk menghiraukan kata-kata warganet yang sentiasa mencari kesalahan orang.

Rata-rata mendoakan kebahagiaan Syifa dan pasangannya serta turut bergembira atas pernikahan mereka.

Terdahulu, Syifa dan Safawi telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 28 November lalu.

Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di hotel terkemuka, Hilton Petaling Jaya dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Atiqah Johari