Categories: Hiburan

“Bukan Tak Kisah…Tapi Saya Dah Penat..” – Sissy Imann

“Sejujurnya saya penat dengan kulit sendiri tapi hidup kena diteruskan dan berusaha lebih gigih,” luah penyanyi, Sissy Imann.

Berkongsi video tanpa solekan di Instagramnya, Sissy dilihat mengalirkan air mata sambil menunjukkan keadaan kulit wajahnya.

“Saya baru lepas buat rawatan wajah tadi. Ini normal, bengkak merah ini semua sebab baru kasi keluar blackhead, kejap lagi dia okey la.

“Bukannya saya tak biasa cuma ketika saya merakam video ini untuk mengikuti perkembangan (kulit wajah), saya tak dapat menahan sedih,” luahnya.

Sissy turut memohon maaf kepada semua jurusolek yang terpaksa berusaha keras untuk menutup kelemahan kulit wajahnya.

Dia turut memohon maaf kepada jurugambar kerana terpaksa menyunting bagi hasil kerja mereka.

“Kepada mereka yang kata saya tak kisah memiliki kulit wajah yang licin, untuk pengetahuan, saya kadang kadang sudah penat,” tulisnya lagi.

Dia sempat menitipkan pesanan kepada peminat yang berdepan masalah kulit wajah sama agar terus kuat malah akan sentiasa berdiri bersama mereka.

Oleh: Guy Masaki

Del14