Bulu Mata Nak Tercabut Ketika Sand-Boarding, Gelagat Uyaina Arshad Di Padang Pasir Raih Perhatian – “Hingus Terkeluar”

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad tampil berkongsi pengalamannya bermain sand-boarding di padang pasir sewaktu bercuti di Abu Dhabi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina telah memuat naik videonya sedang meluncur di Al-Khatim Desert itu sehingga terkena tempias pasir pada wajahnya.

Dalam perkongsian tersebut, pengacara itu kelihatan sangat teruja bermain sand-boarding biarpun gelagatnya ditertawakan oleh rakan.

“Sand-boarding at Al-Khatim Desert. Pengalaman yang tak boleh dilupakan.

“Hingus terkeluar. Bulu mata nak tercabut. Muka & dalam mulut penuh pasir. Nak sangat kan sand-boarding. Rasakan! Minta tolong member, member tolong gelakkan je. Awak sabar jap,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pelakon itu.

Fatin Nurain