Netizen Terharu Lihat Keakrabakan Mama Shuib & Watie Hanifiah – “Wow, Dah Ada Panggilan Manja…”

Kisah percintaan antara pelawak, Shuib bersama wanita pilhannya, usahawan Watie Hanifiah kini tidak lagi tersembunyi apabila mereka acap kali meninggalkan komen manis di Instagram masing-masing.

Terbaharu, ibu Shuib, Salamiah Jalani memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya memaparkan dirinya bersama kekasih anaknya itu, Watie.

Berdasarkan ruangan kapsyen, difahamkan Watie menghantar ibu Shuib ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan Umrah.

“Hari ini Ayah datang hantar nenek pergi menunaikan Umrah,” tulis ibunya di kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, apa yang menarik perhatian adalah ibu Shuib menggelarkan Watie dengan panggilan manja telah membuatkan ramai teruja.

“Semoga dipermudahkan segala urusan mama dan mendapat Umrah yang mabrur ma,” tulis Watie.

“Amin Ya Rabbalallamin.. Terima kasih Enja…,” balas ibu Shuib.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat keakraban Watie bersama bakal ibu mentuanya itu.

“Ya Allah untungnya you sis. Terharu saya tengok dari text simple ni pun dah dapat bayangkan how lucky sis Watie dapat Puan seagai ibu mentua,” tulis salah seorang netizen.

Artikel Berkaitan: “Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Artikel Berkaitan: Tidak Lagi Berselindung, Shuib Wish Ulang Tahun Hari Jadi Watie – “Patut Lah Kata Ada Birthday Orang Special”

Aqilah Paharuzi