“CALLING ME A BITCH?” DIANA DANIELLE GADUH

Siapa yang tidak marah, kalau terdapat segelintir netizen kat luar sana yang sudah pandai membuat provokasi sehingga mencabar tahap kesabaran seseorang artis? Justeru, berhubung kes sebegini Diana Danielle tidak terkecuali terkena ‘bahan’ dari netizen sehingga ada yang memanggilnya bitch!

Isu ini terjadi apabila Diana telah memuat naik beberapa gambar selfie bersama dua anaknya, Muhammad dan Aurora bersama suaminya, Datuk Farid Kamil kerana dikatakan telah mengabaikan keselamatan anak-anaknya. Diana dikecam teruk oleh netizen kerana dilihat sedang memangku anaknya, Aurora tanpa memakai tali pinggang keselamatan.

Gambar yang mencetuskan provokasi antara Diana dan netizen terbabit

Pelakon dan penyanyi itu kemudian membalas komen tersebut dengan menulis,

“Kereta kami tak bergerak pun bodoh.”

Menyelar teguran netizen terbabit, Diana turut menjelaskan bahawa keretanya itu telah dilengkapi dengan kerusi bayi yang diletakkan dibahagian belakang.

“Anda nampak keseluruhan kereta? Kami ada letakkan kerusi bayi di belakang tempat duduk saya” jelasnya.

Entri itu seterusnya mengundang ‘perang’ komen antara peminat dan juga followers nya yang lain. Namun, beberapa jam kemudiannya, Diana telah memuat naik entri baru yang ditujukan khusus buat netizen dan followers instagramnya yang sudah mencecah 1.6 million itu. 

Entri yang ditujukan khas buat netizen diluar sana

Dah namanya pun artis, apa sahaja tindak-tanduk artis tersebut tetap akan menjadi bahan bualan para netizen diluar sana. Tetapi, netizen pun kenalah bijak sebelum mengeluarkan apa-apa statement terhadap artis tersebut.

 

Salma Syahbuddin