AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Kalau sekarang ini musim ramai artis mendirikan rumah tangga, bertunang mahupun yang bercuti ke luar negara bersama insan tersayang. Tetapi, ada juga artis yang mengalami nasib yang kurang baik kerana rumah tangga yang dibina tidak kekal lama. 

Bagi Mimi Fly yang dahulunya dikenali sebagai Mimi One Nation Emcee, walaupun rumah tangga yang dibina pada 16 Mei 2015 itu tidak kekal lama namun, hubungannya bersama bekas suaminya Mohd Firdaus Hajar masih baik. 

“Firdaus adalah kawan sejati Mimi sejak umur 13 tahun. Jangan sekali-kali berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang kami dah jernihkan bersama. Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami. ???????????????????????? buat Fidi. I wish you all the love in the world cuz honestly…you deserve em all. You are still indeed one of the best person i’ve ever known my whole life and for what its worth. I love you and  I hope you will be the man that u promised me u wanna be. Much love”

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya. 

Dalam status yang sama juga, Mimi turut berharap agar netizen tidak membuat apa-apa spekulasi berkaitan kes perceraiannya ini. Kerana, jika terdapat sebarang spekulasi keluarga mereka pasti akan terasa dan terkesan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi platform media sosial sekarang ini semakin berleluasa. 

Mimi bersama bekas suaminya, Firdaus

“Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat. Tuhan sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar. Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya, tapi sila hormat perasaan dan kerungsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami.”

 

Berikut merupakan luahan Mimi berhubung statusnya kini.

Salma Syahbuddin