Cameron Diaz Selamat Lahir Anak Pertama di Usia 47 Tahun!

Tahniah buat selebriti terkenal Hollywood, Cameron Diaz dan pasangan Benjamin Madden yang selamat menimang cahaya mata pertama mereka! 

Istimewanya, selebriti yang terkenal melalui lakonannya dalam Charlie’s Angels ini telah selamat melahirkan anak pertamanya di usia 47 tahun!

Pemilik nama Cameron Michelle Diaz ini berkongsi berita gembira itu di laman media sosial Instagram miliknya kelmarin.

“Selamat Tahun baru daripada keluarga Madden. Kami sangat bahagia dan bersyukur kerana memulakan dekad ini dengan kelahiran puteri kami iaitu Raddix Madden,” kata Cameron Diaz.

 

Terdahulu, Cameron Diaz pernah bercinta dengan ahli anggota NSYNC, Justin Timberlake namun hubungan itu tidak berpanjangan. Cameron kemudiannya telah bernikah dengan Benji yang merupakan anggota band Good Charlotte pada tahun 2015.

Anyway, tahniah sekali lagi buat pasangan ini!

Sumber foto: Instagram Cameron Diaz

Syafiqa Irdina