Cantiknya… Aksi Kemesraan Fasha Sandha Bergambar Bersama Nora Danish Buat Netizen Kagum

Pelakon Fasha Sandha berkongsi video mesra bersama pelakon Nora Danish di majlis perkahwinan pelawak Shuib Sepahtu bersama Watie Hanifiah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha mengambil gambar dan video bersama Nora sambil berpelukan dan bergelak tawa antara satu sama lain.

Hantaran tersebut telah pun mendapat pelbagai respons warganet yang rata-ratanya kagum melihat kemesraan kedua-dua pelakon ini yang dahulunya dilanda kontroversi.

Malah, ramai juga yang memuji kecantikan mereka yang semakin cantik dan langsing.

Bukan itu sahaja, bekas suami kepada dua selebriti tersebut iaitu Jejai atau nama sebenar, Rizal Ashram Ramli juga turut meninggalkan komen positif.

“Ini barulah dua dua matang bukan macam sesetengah perangai budak-budak. Salute both of you! Nora and Fasha always slay!

“Sukalah macamni, dua-dua hot mummy. Mata kita masuk habuk. Tumpang bahagialah tengok dua wanita cantik ini bersama,” tulis netizen.

Nurul Hana