Ceroboh Bilik Hotel Isteri Orang, Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan sekitar tahun 2000 ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita kira-kira jam 6.10 petang, mendakwa suspek menceroboh masuk ke biliknya.

“Siasatan dijalankan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa meninggalkan bilik hotel tersebut untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan suspek berjaya ditangkap di sekitar kawasan Petaling Jaya sebelum direman untuk siasatan selanjutnya.

“Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

Khairil Khusyairi