CANTIKNYA ANAK GADIS AZMIL MUSTAPHA

Siapa sangka pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha ini mempunyai seorang anak yang cantik dan merupakan seorang model muslimah. Menurut portal Sinar Harian, anak gadisnya yang dikenali ramai sebagai model muslimah itu sering ke luar negara untuk shooting pelbagai jenama produk tempatan.

“Benar dia seorang model. Sekarang pun masih shooting lagi. Bukan sahaja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.”

“Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini, saya hanya boleh jawab hidayah itu milik Allah SWT”

Azmil bersama anak gadisnya, Iman

Walaupun pelbagai soalan yang timbul dikalangan orang-orang sekeliling mengenai kerjaya dan juga imej anaknya itu, namun bagi Azmil sebagai seorang ayah dia tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka lebih ke arah bidang seni. 

“Anak saya muda lagi, minat ke arah itu… jadi kita okay saja lah. Nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidang ini juga.” Tak apalah, doa yang baik-baik saja”

Ini antara gambar anak Azmil Mustapha yang pastinya akan membuatkan ramai jejaka bergetar tulang rusuk kat luar sana.

 

Salma Syahbuddin