Categories: Filem

INI SEBAB KENAPA PITCH PERFECT 3 GAGAL MENCUIT HATI PENONTON!

Filem “chick flicks” Pitch Perfect sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat. Bermula dengan Pitch Perfect dan sekuelnya Pitch Perfect 2 dan terbaru Pitch Perfect 3 yang kini ditayangkan di seluruh pawagam. 

Plot yang dipaparkan dalam Pitch Perfect 3 tidak dapat mencuri hati penonton. Berbanding dengan prekuelnya, keseluruhan plot filem ini  berada di tahap average. Konflik utama filem ini menumpukan kepada perjalanan kumpulan The Barden Bellas yang bercita-cita untuk mengadakan konsert terakhir mereka sebelum mereka berpisah.

Sumber: Billboard

Pitch Perfect 3 menyelitkan unsur-unsur humour terutama pada watak Fat Amy yang dibawakan oleh Rebel Wilson namun kisah Rebel yang menghadapi konflik dengan watak bapanya yang terlibat dalam sindiket dadah dilihat agak membosankan. Meskipun unsur humour dan adventure diselitkan namun keseluruhan plot yang dibawakan oleh kedua-dua watak ini dilihat agak hambar.

Penampilan DJ Khaled sebagai cameo yang diharapkan dapat menarik perhatian penonton juga gagal memberikan impak kepada keseluruhan plot. Selain itu, kisah watak utama iaitu Becca tidak mempunyai kesinambungan dengan wataknya dalam prekuel Pitch Perfect. Jikasebelum ini, Becca bercita-cita untuk menjadi prosedur muzik namun wataknya dalam Pitch Perfect 3 berbeza kerana ‘direction” yang dibawakan oleh watak Becca tidak menjurus ke arah itu.

Konflik antara kumpulan The Barden Bellas dan juga kumpulan The Moist tidak memberikan klimaks yang diharapkan oleh penonton. Pengarah seakan-akan gagal menonjolkan watak antagonis kumpulan The Moist malah  plotnya dilihat agak lemah.

Sumber: Spotern

Secara keseluruhan, filem Pitch Perfect 3 gagal memberikan sesuatu yang baru kepada penonton. Keseluruhan plot juga tidak mencapai standard yang diinginkan penonton. Terdapat beberapa scene yang dilihat agak tidak sesuai dan tidak memberikan sesuatu yang membangkitkan perasaan ingin tahu penonton. 

Walaubagaimanapun, persembahan terakhir daripada Becca berjaya menjadi penutup yang sempurna dan mengimbau kembali perjalanan Kumpulan The Barden Bellas dari mula. 

 

 

 

Ad Ops