Cedera Di Set Penggambaran, Bintang K-POP Ini Terima 30 Jahitan

Aktor terkenal Korea, Choi Jin Hyuk mengalami kecederaan sehingga terpaksa menerima 30 jahitan di bahagian kepala.

Menurut syarikat pengurusan, G-Tree Creative, aktor berkenaan sedang menjalani penggambaran drama The Last Empress ketika kejadian itu berlaku.

“ Dia dihantar ke hospital selepas berdepan dengan saat cemas itu.

“ Dahinya koyak sepanjang 6-7 cm di mana perlu mendapatkan 30 jahitan di bahagian yang terkesan,” kata wakil syarikat berkenaan.

Difahamkan, keadaan Jin Hyuk dalam keadaan terkawan dan dia masih di bawah pantauan doktor.

Dalam masa sama, aktor berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media The Last Empress hari ini.  

Populariti aktor ini mula meledak selepas membintangi drama Korea, I Need Romance.

SGMS Faida