Categories: TECHTech News

Bagaimana Cara Gabung Fail PDF Jadi Satu?

Lebih mudah bukan untuk berkongsi data dan maklumat sekiranya anda gunakan fail berformat PDF? Kepada anda yang mempunyai terlalu banyak fail PDF yang berasingan, berikut kami kongsikan cara untuk menggabungkannya kepada satu fail tunggal.

Terdapat bebrapa aplikasi yang mempunyai kebolehan untuk menggabung fail – fail PDF kepada satu, namun kebanyakannya adalah perisian yang berbayar. Untuk mendapatkan kemudahan tersebut tanpa perlu sebarang aplikasi, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang pdfmerge.com

Maka akan muncul paparan berikut, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menekan tombol Choose File untuk memilih fail PDF yang ingin digabungkan

 

Pilih fail yang anda inginkan

 

Setelah selesai, tekan pada tombol Merge untuk memulakan prosesnya

 

Apabila sudah selesai, klik pada menu berikut untuk memuat turun fail yang telah tercantum. Selesai

 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Rosli Ab Rahman