Che Puan Juliana Evans Tidak Percaya Jejak Kaki ke Mekah

Bertuah sungguh Che Puan Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj apabila terpanggil menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Selepas beberapa hari berada di Madinah Al Munawwarah, Juliana bagaikan tidak percaya akhirnya melihat Kaabah dengan matanya sendiri di Makkah Al Mukarramah.

“Saat saya melihat Kaabah di hadapan mata saya…saya tidak dapat menahan diri dari menangis.  Amat sukar untuk percaya yang akhirnya saya di sini pada umur 30 tahun, dengan cinta hati saya.  

“Perasaannya sangat sukar digambarkan, untuk melihat kecantikan Kaabah, dan semua yang ada di situ tujuannya sama sahaja.  Saya amat berbangga berada di sini dan telah selesai melakukan Umrah,” kongsi Juliana di dalam entri Instagram miliknya dengan foto berlatar belakangkan Kaabah bersama suami. 

 

Alhamdullillah, murah rezeki Che Puan Juliana dan suami dapat melakukan umrah pada usia yang muda.  Pengikut-pengikut instagram pelakon Bella & Jamie ini juga turut teruja dengan perkongsiannya itu.

Che Puan Juliana dan suami di Masjid Nabawi, Madinah

Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharrifudin pada tanggal 30 April 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai lalu dan baru sahaja menjalankan upacara aqiqah buat puteri mereka bulan lepas. 

Baca: Sekitar Majlis Aqiqah anakanda Che Puan Juliana Evans

Del14