Suami Sazzy Falak Masuk Hospital…Retak Tulang Rusuk Dan Patah Tulang Selangka

Beberapa hari lepas, ketika berbasikal bersama rakan-rakan, suami kepada Sazzy Falak iaitu Nazril Idrus telah terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan tulang selangkanya patah dan retak tulang rusuk. 

Di samping itu juga, Nazril mengalami luka-luka di muka, pinggul dan lengan. Menurut Sazzy, pelakon dan pengacara Yasmin Hani dan suaminya, Shaarin yang menjumpai Nazril dengan mukanya tersembam ke tanah dan kakinya masih berbelit pada badan basikal. 

“Tulang selangka kirinya patah empat dan tulang rusuknya retak.  Dia mengalami kepayahan untuk bernafas tetapi InshAllah dengan perhatian doktor dan jururawat, keadaannya akan beransur pulih.

“Kemungkinan besar dia akan menjalani pembedahan selepas semuanya lebih stabil.  

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan tersayang yang meninggalkan semuanya untuk membantu kami semalam,” luah Sazzy dalam entri instagramnya. 

Untuk pengetahuan umum, pasangan Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak telah mendirikan rumah tangga dengan Nazril Idrus pada 2006 dan mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.

Semoga Nazril cepat sembuh seperti sediakala dan pulang ke pangkuan anak-anaknya memandangkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke hospital untuk melawat. 

Del14