Categories: FeaturedSihat

Guna tisu basah sebagai pencuci solekan? Ketahui kesannya pada kulit!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Tisu basah sering digunakan sebagai pembersih solekan kerana ia kaedah paling jimat dan senang disimpan di dalam beg tangan selain mudah dibawa jika anda ke luar daerah, namun tahukah anda bahawa tisu basah lama-kelamaan akan memudaratkan kulit.

Tisu basah mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan pewangi yang memberi kesan tidak baik pada kulit. Sekiranya kulit anda mudah alah dengan sesuatu bahan, kebarangkalian anda mengalami kesannya adalah tinggi.

Selain itu, tisu basah juga tidak membersihkan solekan secara mendalam lebih-lebih pada bahagian pori-pori yang boleh menyebabkan munculnya jerawat dan bintik kecil. Antara kesan pada kulit apabila memakai tisu basah adalah: 

Kulit menjadi kering

Foto: kumparan.com

Tisu basah memiliki kandungan alkohol berfungsi untuk membunuh kuman dan dapat membersihkan solekan dengan efektif. Akan tetapi ia akan menghilangkan kelembapan pada wajah. Perkara ini akan menyebabkan kulit muka menjadi kering dan kasar. 

Bawah mata menjadi kendur

Foto: hellosehat.com

Apabila kita membersihkan solekan dengan menggosok tisu basah dengan kasar, kulit akan menjadi semakin mengendur dan akan menyebabkan terjadinya masalah kulit bawah mata turut menjadi kendur. Situasi ini juga seterusnya akan menyebabkan kuli tampak kusam dan tiak bermaya. 

Jika anda menggosok secara perlahan pula dengan mengunakan tisu basah, solekan tidak akan tertanggal dan muka menjadi kusam. Oleh sebab itulah tisu basah tidak bagus untuk kulit anda. 

Garis halus pada wajah

Foto: masihwarisan.blogspot.com

Garisan halus muncul pada wajah apabila penggunaan tisu basah dilakukan secara berterusan. Ia terjadi kerana tekanan dan geseran yang digunakan ketika mencuci solekan. Dengan itu, muka akan kelihatan lebih tua walaupun umur masih muda. 

Elakkan daripada menggunakan tisu basah sebagai bahan membersihkan solekan pada wajah.

tex_admin