Cinta Bukan Marketing & Gimik? Aedy Ashraf Beri Amaran Jangan Ganggu Amelia Henderson

Baru-baru ini, kisah percintaan antara pelakon Aedy Ashraf dan aktres Amelia Henderson menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga Aedy bertindak ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas mengenai kisah itu.

Dek kerana itu, ada segelintir netizen yang beranggapan bahawa pengumuman percintaan itu hanyalah sekadar ‘marketing’ dan gimik semata-mata.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh peminat pasangan sejoli itu, ia memaparkan tindakan Aedy yang dipercayai memberi amaran secara berseloroh kepada penonton Instagram Live miliknya agar tidak menganggu Amelia.

@_iamdaisyyy_

Aedy dah warning jangan kacau renjana dia! Sapa yang kata ni semua gimik or marketing memang aku hempuk sekor2 #kisahcintakita #ameliahenderson #aedyashraf #aedyamelia #ameliath #aedyxashraf #fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – hello – hello

Perbualan mengenai Amelia itu tercetus apabila Aedy yang baru sahaja melancarkan baju melayu jenama ‘Renjana’ disakat oleh peminatnya yang sempat bertanya mengenai maksud Renjana.

“Maksud Renjana pada saya boleh dikatakan perasaan rindu dan sayang, ataupun dalam bahasa Sudan tak silap saya adalah semangat.

“Pada saya nama Renjana tu sangat berkait dengan baju Melayu ini di mana bila pakai dapat rasa bersemangat, ataupun nampak orang lain pakai akan rasa rindu dan sayang. Jadi itu maksud Renjana untuk baju Melayulah.

“Rasa rindu dan sayang dekat Amelia. Renjana saya tak boleh kacau. Dia saya punya,” ujarnya tertawa kercil serta tersipu malu.

Bagaimanapun, Aedy yang menggelarkan Amelia sebagai ‘Renjana’ itu memberi amaran tersebut dalam nada bergurau dan nampak seperti tersipu malu apabila topik mengenai Amelia ditanya oleh peminatnya.

Artikel Berkaitan: Kisah Cinta Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ambil Keputusan ‘Kunci Mulut’

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

Aqilah Paharuzi