Cipta 13 Buah Lagu Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Sudah Ada Calon Penyanyi – “Keluar Nanti Saya Kongsikan Pada Semua”

Penyanyi dan komposer lagu, Yasin Sulaiman berkongsi sepanjang tempoh tahanan sejak Mac lalu, dia kini berjaya mencipta 13 buah lagu untuk peminatnya.

Malah, dia juga mengaku sudah mempunyai calon penyanyi yang akan membawakan lagu-lagunya nanti.

“Saya terfikir untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi untuk merakamkan lagu saya.

“Saya juga sudah siapkan 13 buah lagu dalam penjara, keluar nanti inshaa-Allah akan dirakamkan dan akan dikongsikan kepada semua,” katanya.

Perkara itu dikongsi Yasin seusai perbicaraan kes dadah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Bahagia Sahkan Yasin Sulaiman Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Yasin Sulaiman Semakin Baik Selepas Masuk Hospital Bahagia – “Sebelum Ini Hanya 48 kg, Cengkung Sampai Nampak Tulang”

Selain itu, Yasin atau nama penuhnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bagaimanapun meluahkan rasa kecewanya selepas proses pembelaan terhadap tiga pertuduhan membabitkan isu dadah sebelum ini tidak dapat diselesaikan.

“Sepatutnya hari ini adalah proses pembelaan terakhir tapi ada sedikit masalah melibatkan kecemasan,” jelasnya.

Terdahulu, pelantun lagu Mimpi Laila ini diarah membela diri atas tiga pertuduhan kes dadah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka pada 3 Oktober lalu.

Sekadar info, hakim Faiz Dziyauddin menetapkan 23 Oktober ini sebagai tarikh bagi menyambung perbicaraan.

ARTIKEL BERKAITAN:Yasin Sulaiman Diarah Bela Diri Babitkan Tiga Tuduhan Kes Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

 

Sumber: Mstar

Salma Syahbuddin