“Saya Masih Lagi Suami Orang!” – Hisyam Hamid Nafi Bercerai, Tidak Mahu ‘Algorithm’ Sosial Media Turun Kongsi Hal Peribadi

Pelakon Hisyam Hamid sekali lagi menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan isterinya, Rosmawati Hanafi sudah bercerai.

Memetik laporan Kosmo, dia jarang berkongsi hal peribadinya di media sosial kerana tidak mahu menjadi topik perbualan netizen.

“Tiap-tiap bulan ada artikel pasal isu ini tentang saya dan isteri. Saya masih lagi suami orang. Macam saya cakap, dah kurang sikit post atau kongsi benda-benda personal.

“Bahkan dengan anak-anak pun, sekali sekala saya akan kongsi macam baru-baru ini, masak sama-sama dengan mereka. Memang dah kurang masa main media sosial,” katanya.

Sementara itu, pelakon kelahiran Singapura ini mengatakan media sosial adalah platform yang berbahaya sekiranya terlebih berkongsi kepada khalayak.

“Berbahaya juga sebab kalau cerita atau kongsi lebih (hal peribadi), kita punya algoritma atau reach menurun nanti dalam media sosial.

“Sebab klien pun tengok benda-benda macam ini sebelum bagi job. Dengan isteri, baru-baru ini anak saya graduate dan adalah momen yang saya kongsikan. Ada sebab untuk ‘post’.

“Kalau di rumah tengah lepak minum kopi, tak kot (kongsi),” ujarnya.

Terdahulu, didakwa rumah tangga sedang bermasalah hanya kerana jarang berkongsi bersama isteri namun Hisyam turut menafikan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Untuk rekod, Hisyam dan Rosmawati telah mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.

Maya Basir