CJ WOW SHOP Sasar RM100K Jualan Menerusi Platform Mudah Alih

Rangkaian beli-belah serba inovatif dari rumah, CJ WOW SHOP telah melakar pencapaian baharu hari ini dengan mencecah lebih 1 juta muat turun, seterusnya mengukuhkan lagi konsep multi platform jenama berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd, Encik Kim Yang Hyun berkata, pencapaian in sekaligus mencerminkan peningkatan sambutan terhadap kami sebagai platform perdagangan terkemuka yang berasaskan mudah alih.

” Dengan mewujudkan pengalaman realistik yang menjamin keselesaan pelanggan, kami berada di landasan kukuh untuk menawarkan pengalaman shoppertainment kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Kami amat terdorong oleh sokongan yang memberangsangkan ini dan oleh itu, kami akan terus mendekati pelanggan dengan cara yang lebih peribadi dan mengujakan” Katanya.

CJ WOW SHOP juga mengembangkan transaksi beli-belah mudah alihnya dengan pantas dalam setahun yang lalu. Seiring dengan pertumbuhan transaksi mudah alih yang pesat, CJ WOW SHOP menjangka akan memecah sasaran jualan tahunan RM100 juta menerusi perdagangan mudah alih menjelang tahun 2019.

Terkini, televisyen dan pusat panggilan menyumbang kepada purata transaksi harian CJ WOW SHOP sebanyak 50 peratus, dan selebihnya terdiri daripada sumber dalam talian dan mudah alih. 

Dan, berita baik buat semua pelanggan CJ WOW SHOP, mereka menawarkan peminat atau WOWster penjimatan dan tawaran masa terhad bermula pada  5 hingga 6 Oktober ini sahaja!

  • Promosi dan tawaran bundling istimewa sepanjang program siaran langsung
  • Beg Eko WOW Eksklusif Percuma (bernilai RM49.90 setiap satu) dengan setiap pembelian produk menerusi program siaran langsung
  • 5% Mata Ganjaran tambahan WOW, di samping 5% Mata Ganjaran WOW yang sedia ada bagi setiap pembelian menerusi laman web dan aplikasi mudah alih

Ganjaran ini akan ditawarkan sepanjang program siaran langsung CJ WOW SHOP selama 11 jam berterusan menerusi saluran TV9, ntv7 dan 8tv. Lebih menarik lagi, program ini akan menampilkan barisan hos kegemaran rakyat Malaysia, termasuk Nadia Annuar, Jimmy Shanley, Zaim Zaini, Mimie Haris, Gary Yap, Shin Kong, Emerson, Kah Chee, dan lain-lain.

Pelanggan boleh menikmati promosi berikut dengan memuat turun aplikasi mudah alih dari Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS), dan membeli-belah menerusi platform ini.

 

Salma Syahbuddin