Comel! #AnakAbah Dah Ada Nama

Comel! Pelawak terkenal, Jep Sepahtu akhirnya mengumumkan nama anak perempuannya di laman Instagram, sebentar tadi.

Suami kepada pelakon Sari Yanti itu menamakan bayi comel mereka, Dariya Inara.

Perkongsian nama dan beberapa keping foto anak pasangan sama cantik sama padan ini dilakukan menerusi platform media sosial Instagram (IG) milik Jep pada Rabu.

Jep turut berseloroh dengan hashtag #AnakAbah pada kapsyen foto tersebut.

Terdahulu, Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada Khamis lalu.

Jep Sepahtu dan Sari Yanti melangsungkan pernikahan mereka yang berlangsung dalam satu majlis tertutup pada Februari tahun lalu.

SGMS Faida