“Comelnya! Mata Bulat & Besar…” – Yaya Zahir Kongsi Foto Anak, Bombastic Side Eyes Jadi Perhatian!

Selamat melahirkan bayi sulung pada 11 April lalu, pengacara dan pelakon, Yaya Zahir akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya itu kepada umum baru-baru ini.

Yaya atau nama penuhnya, Zuhairah Zahir, 32, mendedahkan wajah anaknya menerusi Instagram miliknya selepas menjalani pantang selama 44 hari.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa saya sangat bersyukur. Alhamdulillah, hello uncle dan aunties,” katanya.

 

Bayi lelaki yang diberi nama, Atheer itu mencuri tumpuan selepas foto yang dimuat naik Yaya menerusi akaun sosial medianya dibanjiri pelbagai komen dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya.

Malah, ada yang berasa teruja melihat Atheer memiliki sepasang mata yang bulat dan besar serta memiliki jelingan yang tajam atau ‘bombastic side eyes’.

Dalam pada itu, pengacara sebuah program hiburan popular ini turut membuka akaun Instagram anaknya, @atheerarriz  dengan jumlah pengikutnya hampir menceceah 1,000 pengikut.

 

Sekadar info, Yaya telah berkahwin dengan suaminya yang juga merupakan seorang juruterbang, Mohd Arriz Azim pada 9 Ogos 2019.

Salma Syahbuddin