“Dia Pilih Untuk Tinggal Dengan Saya” – Menang Kes Hadanah, Anak Faziani Rohban Syukur Adik Bongsu Pulang Ke Pangkuan

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu membenarkan anak bongsu kepada pengasas kosmetik Dnars Skincare Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Qaseh Khadija Ahmad Rizal Shah,10, untuk tinggal bersama kakaknya, Irdiena Hakim Jasman,20.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman sejurus Qaseh memilih untuk tinggal bersama kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, nenek, Khatijah Mirdin, 71 dan ibu saudranya, Faradilla Rohban Ahmad menerusi sesi pertanyaan di kamar hakim.

Bukan itu sahaja, peguam yang mewakili plaintif, Naimah Saupi menyatakan prosedur tersebut dibuat berlandaskan permohonan anak guamnya yang memohon mahkamah mengarahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.

“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di rumah ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan.

“Kediaman itu sudah serasi dengan Qaseh Khadija di mana dia membesar sejak kecil di rumah berkenaan.

“Kini hak penjagaan Qaseh Khadija sudah berpindah kepada kakak, nenek serta ibu saudaranya dan kita akan mengadakan perbincangan dengan peguam defendan berhubung hak lawatan.

“Mereka masih boleh berjumpa seperti sedia kala dan kita tidak mahu silaturahim antara anak dan bapa terputus.

“Alhamdulillah keputusan hari ini satu rahmat buat keluarga plaintif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Irdiena meluahkan rasa syukur apabila adik bongsunya itu memilih untuk tinggal bersamanya.

“Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan apabila selepas beberapa tahun dipisahkan dengan adik, akhirnya Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama saya.

“Sebaik Qaseh Khadija membuat keputusan, saya terus berlari memeluk Qaseh Khadija di kamar hakim kerana terlalu gembira,” luahnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Irdiena memfailkan tuntutan hadanah terhadap Qaseh Khadija apabila bapa tirinya menghalang adik bongsunya itu bertemu dengan adik-beradik lain.

Malah, Irdiena mendedahkan kali terakhir dia bertemu dengan Qaseh Khadija adalah ketika Aidilfitri tahun lalu di kubur ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali Terakhir Jumpa Dikubur Ibu” – Dihalang Bertemu Dengan Adik Bongsu, Anak Faziani Rohban Fail Tuntutan Hadhanah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kami 3 Beradik Dibuang! Dapat Tahu Dia Ada Scandal Masa..” – Dakwa Bapa Tiri Curang, Anak Arwah Pengasas Dnars Dikhianati?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terima Surat Mahkamah, Anak Faziani Rohban Dedah Bapa Tiri Tuntut Jutaan Ringgit

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari