Diana Danielle Dua Kali Terima Hadiah Lapan Barang Kemas Dari Farid Kamil Melalui Anak – “Insya-Allah Masa Akan Tiba…”

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil memaklumkan bahawa isterinya, Diana Danielle sudah menerima lapan barang kemas yang dihadiahkan.

Menurut Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata, dia memberitahu anak-anak telah menjadi perantaraan komunikasi antara mereka berdua untuk beberapa bulan.

“Seperti ramai sedia maklum, prosiding sudah sampai ke proses pelantikan hakam kerabat. Sejak awal hingga sekarang, apa yang saya cuba buat adalah mempertahankan keluarga dan perkahwinan saya.

“Saya sentiasa berfikiran positif kerana nampak masih ada harapan, tanggungjawab dan masa depan. Sayang juga masih ada.

“Malah, cincin yang saya berikan juga sudah diterima. Lapan barang kemas diterima sebanyak dua kali menerusi Muhammad dan Nur Aurora.

“Untuk dua tiga bulan ni memang berkomunikasi melalui anak-anak sahaja,” ujarnya.

Pada masa sama, pihaknya juga sudah melakukan usaha berbaik semula sebanyak lebih 10 kali, namun sentiasa ada halangan yang tidak sepatutnya.

“Insya-Allah, masa akan tiba. Saya sayangkan isteri dan saya tak pernah sayangkan orang lain seperti saya sayangkan isteri saya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh untuk prosiding pelantikan semula hakam kerabat selepas mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian Farid dan Diana.

Maya Basir