Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar memberikan respons terhadap video pemain bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo yang memberi salam persis orang Muslim.

Alif berkongsi respons terbabit menerusi perkongsian di Instagram Story.

“Assalamualaikum,” kata Cristiano.

Gara-gara itu, Alif seakan memberi galakkan dan cuba membimbingnya untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Come on brother, repeat after me.. Ashhadu..,” ujarnya.

Terdahulu, tular video sesi temu ramah pemain bola sepak Portugal ini mengatakan dia mencintai agama Islam semasa secara rasmi menyertai kelab bola sepak Al Nassr.

Selain itu, Cristiano sering menunjukkan tanda hormat terhadap agama ini.

Maya Basir