Categories: Trending

Matin Cemburu Mummy Nyanyi Dengan Dekta… Pandai Ambil Hati Anak, Watie Hanifiah Raih Pujian Netizen!

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian peminat selepas memuat naik sebuah video di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sedang cuba memujuk anak tirinya, Ariq Matin yang sedang merajuk.

Difahamkan Matin merajuk gara-gara video Watie memeluk kakaknya, Talita sambil menyanyi.

“Alkisahnya semalam lepas tengok video nyanyi mummy & Dekta, ada yang jeles, merajuk sampai menangis. Padahalnya dia lupa yang dia tak ikut mummy. Memang sampai ke sudahlah jawapan mummy tu dia tak dapat nak terima,” tulis Watie di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu melihat Watie memujuk dan mengambil hati Matin malah ada yang tersentuh melihat anak-anak Shuib mendapat kasih sayang seorang ibu.

“Elok sangatlah Shuib kahwin lain. Nampak betul anak dia rindukan kasih sayang seorang ibu. Tahniah wati, be a good mummy untuk anak-anak Shuib.

“Nampak mummy ni ibu yang baik. Sampai cemburu dibuatnya. Orang kata cemburu tu tanda sayang,” tulis netizen.

Nurul Hana