“Aku Akan Pastikan Kau Merengkok Dalam Penjara” – Salina Saibi

Pelakon Salina Saibi meluahkan rasa berang apabila membuat satu hantaran tulisan di Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Menerusi tulisan itu, Salina sekaan tidak boleh menahan amarahnya apabila dia mendakwa ada pihak yang menganggu keluarganya.

“Kau jangan ingat aku tak tahu semua yang jadi ini kerja kau ye! Aku dah tahu kau siapa.

“Aku guna telco & geng polis aku. Take note!!

“Jangan sampai aku cari ambil tindakan drastik. Aku busy tau. Tak ada masa layan drama kau yang bodoh ni. Kau insaf sekarang! Aku beri kau masa,” tulisnya.

Lebih panas, pelakon drama popular Gerak Khas itu turut memberi amaran kepada pihak yang dimaksudkannya itu.

“Kalau jumpa kau ni memang sedap! Sedap sangat aku kerjakan..Aku abang sado pun tumbang lah aku kerjakan!

“Meminta sangat kan..Nama, muka, lokasi kau semua aku dah dapat. Tunggu kena angkut je..Kau nak lari mana? Berani eh kau?

“Aku akan pastikan kau merengkok dalam penjara! Sangat berani kau ni. Ini kali lu silap org! Lu turun hadap wa! Tak sabar wa jumpa sama lu! Eh bodoh ko lepas ni insaf faham! Jangan kacau keluarga aku,” tulisnya lagi.

Khairil Khusyairi