Random Habis! Fizo Omar Bawa Isteri Naik Kren Sampai Ketar Lutut – “Teringin Nak Merasa Katanya”

Pelakon Fizo Omar tampil berkongsi momen ketika dia bersama isterinya, Fazeera Nazri Azrai menaiki kren sekali gus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Fizo menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Menurut Fizo, dia ingin melunaskan permintaan isterinya yang teringin untuk menaiki kren tersebut ketika melihat orang sedang membuat kerja.

“Teringin nak merasa naik kren katanya..Ok jom la abe joe bawak..sekali…,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Fazeera kelihatan sangat takut gara-gara gayat dengan ketinggian sehingga tidak mampu berdiri di dalam kren tersebut.

“Saya minta maaf. Tolonglah sayang, saya taknak dah dekat sini lepaskan saya. Saya nak turun,” kata Fazeera.

Sementara itu, Fizo sempat mengusik Fazeera yang dalam ketakutan biarpun sebelum ini isterinya itu pernah menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

“Rupanya stewardess yang dah fly ke merata dunia pun takut ketinggian juga,” katanya.

Terhibur melihat gelagat pelakon itu mengusik isterinya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

@iamfizoomarTeringin nak merasa naik kren katanya.. Ok jom la abe joe bawak..sekali … 😂😂😂♬ original sound – Fizo Omar
Fatin Nurain