Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Keria Women’

Soal kerjaya boleh menjadi suatu perkara yang merunsingkan. Ada yang sanggup meninggalkan pangkat besar demi ketenangan jiwa.

Drama Lestary terbaharu yang berjudul ‘Keria Women’ menyoroti kisah Naura, seorang bekas pengurus kewangan yang berkaliber tinggi di sebuah syarikat perkapalan.

Walaupun dia seorang yang cekap melaksanakan tugasannya, dia telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Hal ini berpunca daripada diskriminasi yang terpaksa dihadapinya hanya kerana dia adalah seorang wanita.

Sally, pembantu peribadi kepada Naura, telah mengajaknya untuk pulang ke kampung supaya dapat menenangkan minda. Sementara itu, Sally telah mengambil peluang untuk membantu ibunya menjual kuih keria. Naura yakin dengan potensi kuih yang dihasilkan oleh Cik Mah.

Sebagai seorang yang mempunyai minda yang menjurus ke arah bisnes, dia mula memikirkan cara untuk meluaskan lagi perniagaan kuih keria ini. Berbekalkan kepakaran dan kemahirannya sebagai bekas pengurus kewangan, Naura telah mula mengatur pelan perniagaan untuk menjual kuih keria Cik Mah itu pada tahap yang lebih tinggi.

Namun, adat perniagaan sememangnya penuh cabaran. Mampukah Naurah mencapai kejayaan dalam bidang baharu ini?

Cerita Apa? ‘Keria Women’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan