Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon dan pengacara, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.45 malam tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya sebentar tadi.

ā€œAssalammualaikum, alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan shat walafiat.

ā€œSemoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

ā€œMohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,ā€ tulisnya.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dengan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal.

Nurul Hana